Wednesday 9 January 2013

Petang hujan malam ribut pagi taufan

Sekali lagi awal tahun baru 2013. Kelantan dilanda banjir lagi untuk peringkat ini dikatakan ribut taufan dari philipina bergerak membahang pantai timur dan persisiran laut cina selatan . Dikampung halaman ni sejuk dan basah serta lembab. Hujan banyak menyusahkan penduduk dan adakalanya bagi sesetengah penduduk berasa gembira kerana hujan .. Ikutlah .. Semua atad persepsi sendiri . Saya sebenarnya tulis post ni dalam keadaan sejuk sekali .. Huh .. Hehe .. *bajet* lagi bertambah sejuk apabila member2 drp jordan post gambar2 mrk bermain dengan salji .. Terasa sekali .. Hehe padehal hujan je pn dekat kelantan ..

Sunday 2 December 2012

Single tapi berpunye

Okey .. baru nak start belajar tulis blog .. walaupun tak de modal nak tulis ape tapi just try ..
apapun saje nak share pengalaman 1st time pergi menunaikan umrah . Alhamdulillah .. syukur kepada Allah kerana diberikan ruang dan peluang pergi ke Makkah dan Madinah .

Pertama skali program ini dianjurkan oleh sekolah saya (MAAHAD TAHFIZ SAINS,TANAH MERAH) tempat aku belajar dan menimba sebanyak mungkin ilmu *muka berlagak* .. ceehyy ..takde la.. sememangnya aku sebenarnya banyak melakukan perkara2 yang tak berguna walaupun hakikatnya sekolah tu sekolah yang terbaik bagi aku . kalau nak citer pasal sekolah memang tak habis la .. oke2. . next time saya citer la..  =)

kenapa saya terpilih mengikuti program yang dikenali sebagai Lambaian kaabah ini ?

disebabkan skolah maahad tahfiz ni pelajarnya menghafal al-quran ,  ini lah hadiahnya apabila tamat menhabiskan hafalannya  .. huhu .. bestkan .. tapi ianya bukan ade sponser dari mana2 pihak pn .. kne la pakai duit sndri .. aku pn mak aku yang tolong bayarkan .. total dy lebih kurang  RM5300  (lebih kurang la x ingat dah)  syarat untuk mengikuti program ni kne la habis dulu ..
Nak dijadikan takdir aku pergi umrah ni ,aku sebenarnya tak habis pon 30 juzuk .. tapi nak dekat habis ,, mase tu ustaz bagi peluang yang mane juzuk 25 keatas boleh daftar .. ape lagi .. aku daftar la ..
TETAPI malangnya aku x sempat nak tamatkan mase nak pergi tu .. ade la diantara peserta yang tak habis dalam 2-3 orang la termasuk aku .. nak katakan malu tu memang la .. tapi exited nak pergi tu menyebabkan
lupa dah semua tu .. janji aku dapat pergi dengan member2 .. HAHAH .. ALHAMDULILLAH ..


ni buru permulaan .. nantikan sambungannya ,.. malas nak tulis dah .. huu





















Thursday 23 August 2012

Maafkan Aku

Mungkin dari pandangan mata kamu, saya ini seorang yang amat kejam, jahat, dan tidak berhati perut. Mungkin kamu berasa sangat benci, geram, marah, sakit hati, dan kecewa dengan saya.

Tetapi kamu perlu tahu sesuatu.


Mungkin kamu membenci kepada saya, tetapi Allah SWT tidak akan membenci saya.Saya tidak takut kamu membenci saya, tetapi saya takut Allah SWT membenci saya.Mungkin kamu amat marah kepada saya, tetapi Allah SWT tidak akan marah kepada saya.


Saya tidak takut kamu memarahi saya, tetapi saya amat takut dimurkai (dimarahi) Allah SWT.Mungkin kamu kecewa dengan diri saya, tetapi Allah SWT tidak akan kecewa dengan diri saya.Saya  reda sekiranya kamu kecewa dengan saya, tetapi saya menyesal dan  menangis sekiranya Allah SWT kecewa dengan saya.Mungkin kamu akan pergi meninggalkan saya, tetapi Allah SWT tidak akan pergi meninggalkan saya.


Saya tersenyum andai kamu meninggalkan saya, tetapi saya menyesal, tiada berguna lagi untuk terus hidup didunia ini sekiranya Allah SWT meninggalkan saya.CUMA, saya berharap tolanglah jangan kerana saya, kamu menyeksa diri itu. Kamu menyedari, saya amat ambik berat juga kepada kamu. Andai kamu menyeksa diri kamu, ibarat kamu juga menyeksa diri saya. Kamu sedarkan, bahawa saya tidak mampu untuk melihat tangisan air mata dan penyeksaan terhadap diri kamu sendiri. Saya tidak mampu untuk terus melihat kamu berkeadaan sebegitu. Tolonglah, tolonglah janganlah kamu bersikap degil dan keras hati. (seharusnya kamu jangan menyeksa diri dan membazirkan air mata semata-mata kerana manusia, tetapi kamu seharusnya menyeksa diri "berusaha" dan menitiskan air mata itu semata-mata mencari keredaan Allah SWT)


Saya memohon maaf andai saya punca semua itu. tolonglah menjaga diri itu. Peliharalah tubuh badan yang diberikan itu sebaik-baiknya. Janganlah menyeksa diri itu lagi. Tubuh yang kamu miliki itu tidak bersalah. Ingatkah kamu bahawa tubuh yang Allah SWT berikan itu satu anugerah "nikmat". Allah SWT berikan semua nikmat itu untuk kita sebagai hambaNya untuk terus bersyukur dan sujud kepadaNya. Kamu sedar tak, diakhirat kelak, tubuh yang kita gunakan itu akan ditanyakan oleh Allah SWT, lalu tubuh itu akan mempersoalkan (baik/buruk) perlakuan yang kita lakukan terhadapnya. Diketika itu kita yang menggunakan pula akan dipertanggungjawabkan kelak.


Jangan nanti, segala nasihat saya kamu endahkan. janganlah kamu nanti berkata "biarlah" dan "tak pelah". Jangan kamu sesekali berfikir mengikut akal semata-mata, perasaan hati, emosi, dan hawa nafsu. Fikirlah kamu menggunakan keimanan dan ilmu agama yang kamu pelajari. Ingatlah kamu, bahawa Allah SWT menganugerahkan kita sebagai manusia ini "AKAL" dan "PILIHAN". Dimana dengan akal itu kita berfikir yang baik atau jahat, dosa atau pahala dan syurga atau neraka. Kemudian dengan berfikir itulah kita akan menggunakan pilihan yang kita miliki untuk memilih sama ada mengambil sesuatu yang baik atau jahat, dosa atau pahala dan syurga atau neraka. 


Saya mengetahui, kamu seorang wanita yang baik. Kamu mesti tahu bahawa semua yang kamu hadapi itu, merupakan satu ujian bagimu sayang. Sentiasakanlah tempuhi dugaan itu dengan memohon dan bersyukur kepada Allah SWT. bersyukur ini bermakna kamu lakukanlah segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang. (Solat, berdoa, mengaji, tersenyum dan lain-lain).Sayang, saya sentiasa wujud didunia ini, selagi mana Allah SWT izinkan saya tinggal di muka bumi Nya. Maafkan saya kerana saya lebih mencintai dan mendahului Allah SWT barulah kamu (manusia)